Okkeh. Menangis. Sob. Sob.

Okkeh. Menangis. Sob. Sob.

Tekanan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 24 Syawal 1435H. TEKANAN YANG MENEKAN…

Kematian aktor Hollywood Robin Williams, adalah bukti bahawa ; “Kebahagian, ketenangan dan kesenangan bukan milik bapak tetapi milik Allah Yang Maha Kuasa” (pinjam dialog Allahyarham A.R. Tompel dalam ‘Filem Ahmad Albab’) Maksudnya, manusia tidak mampu memilikinya walaupun dia seorang penghibur antarabangsa tanpa izin dari Allah.

PENCERAHAN :
Stress atau rasa tertekan kadangkala berpunca dari faktor dalaman individu tersebut seperti keinginan melampau untuk melakukan yang terbaik, terlalu ideal dan tiada keyakinan diri atau cepat putus asa. Selain kerana kurang pengetahuan agama, terlalu hendak menjaga kepentingan orang lain dan terlalu terdesak untuk mendapat perhatian dari seseorang.

Faktor luaran yang turut menyumbang gejala stress atau tekanan ini ialah Ketua / majikan (arahan tidak jelas & tidak sekata), konflik rumahtangga atau konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa), perubahan kerja yang terlalu kerap ataupun penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja.

Begitu juga faktor semasa seperti kegawatan ekonomi, malapetaka, kesihatan dan juga perubahan politik yang terlalu drastik, plastik dan bombastik ! Akibatnya berlaku perubahan kedudukan, kehilangan jawatan dan punca kewangan yang mendadak dan sebagainya.

Tekanan atau stress menurut pandangan Islam, bukan berpunca dari tekanan mental semata-mata, tetapi juga berpunca dari kecelaruan dan kelemahan mengurus hati, roh, nafsu dan akal. Menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT dan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah yang dihadapinya.

Firman Allah yang bermaksud:
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”. (QS Al-Baqarah : 155)

Kata-kata hikmah Syeikh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkaitan menghadapi tekanan ini ;
1) Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.
2) Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT.
3) Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.
4) Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya
5) Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya serta sentiasa sabar sehingga menemui-Nya
6) Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan bermohon hanya kepada-Nya.

Untuk yang selalu tertekan. Kisah ini tidak ada kaitan dengan yang hidup atau pun yang sudah tidak hidup. Kisah yang cukup menyedihkan… Kisah seorang suami yang tertekan.

ISTERI: Kenapa abang call?
SUAMI: Abang tertekan…
ISTERI: Abang ok?? Abang ada masalah apa? Cerita lah dengan saya…
SUAMI: ??? Saya tertekan jer… Mana ada masalah apa-apa…
ISTERI: Tak apa Bang, kalau abang ada masalah cerita laa….
SUAMI: Masalah apa nye…?? Abang ok jer… Abang cuma tertekan jer…
ISTERI: Ye lah… Kalau abang tertekan… abang kena cerita kat saya…saya kan isteri Abang !
SUAMI: Adoyai… Tertekan pun kena cerita ke? Masa keluarkan telefon dari poket tadi, abang tertekan nombor telefon sayang, abang dah cakap ‘tertekan’ tapi awak tak faham-faham…
ISTERI: ……..
Release tension sikit !…. Esok kita akan bincang cara mengatasinya menurut Islam, insya Allah !

DAPATKAN ‘CCUK EDISI BUKU’ TERBITAN KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA DI SELURUH NEGARA TIDAK LAMA LAGI…

KESIMPULAN :
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian Tabah dan redha menghadapi segala ujian-Nya. Wallahu a’lam - Jangan hidup tertekan atau menekan orang yang hidup. Ukay’s

Apa Kata Pakar?

Bila perempuan berhadapan satu situasi..

SITUASI 1
sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.
dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.

SITUASI 2
ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

SITUASI 3
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, “Apa yang kau nak?!” dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

SITUASI 4
Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. waktu tu dah malam. call boypren tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka dreba teksi tu semacam jek. teksi lain takde dah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.

SITUASI 5
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! apa nak buat? ketaq dah ni

Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

sekian

p/s : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting… DOA!

• Sebarkan! Share pada wanita yang anda sayangi •

Kannnnnnn… :p

Kannnnnnn… :p

Bersyukur tak Kufur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Selasa, 23 Syawal 1435H. BERSYUKUR TANDA TIDAK KUFUR…

Menurut Kamus Arab kata syukur diambil dari kata syakara, yaskuru, syukran dan tasyakkara yang bererti mensyukuri-Nya atau memuji-Nya kurniaan-Nya. Syukur berasal dari kata syukuran yang bererti mengingat akan segala nikmat-Nya. Suatu sifat yang penuh kebaikan dan rasa menghormati serta mengagungkan atas segala nikmat-Nya, baik diekspresikan dengan lisan, dimantapkan dengan hati mahupun dilaksanakan melalui anggota badan.

PENCERAHAN :
Ketika kita menerima pemberian Allah kita memuji-Nya, tetapi ini sama sekali belum mewakili kesyukuran kita. Pujian yang indah dan syahdu saja belum mencukupi, baru dikatakan bersyukur bila diwujudkan dalam bentuk amal soleh yang diredhai Allah. Abu Hazim Salamah bin Dinar berkata;

“Perumpamaan orang yang memuji syukur kepada Allah hanya dengan lidah, namun belum bersyukur dengan ketaatannya, sama halnya dengan orang yang berpakaian hanya mampu menutup kepala dan kakinya, tetapi tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Apakah pakaian demikian dapat melindungi dari cuaca panas atau dingin ?”

Dimensi syukur dikatakan syukur yang sempurna ialah apabila telah memenuhi tiga kriteria, iaitu;
1. Mengetahui semua nikmat yang Allah berikan, seperti nikmat Iman, Islam dan ketaatan dalam menjalankan perintah-Nya sehingga benar-benar menjadikan Allah sebagai pelindung dan senantiasa hadir dalam hatinya.
2. Mengungkapkan rasa syukurnya dalam bentuk puji-pujian seperti Alhamdulillah, Asy-Syukrulillah atau ucapan lainnya yang mempunyai erti yang sama.
3. Nikmat Allah yang ada, bukan untuk dirasakan sendiri melainkan untuk dikongsi bersama dengan orang lain, seperti sedekah, infaq dan menolong fakir miskin.

Ada sebuah dialog menarik antara seorang lelaki dengan Abu Hazm; Apa syukurnya kedua mata? “Apabila engkau melihat sesuatu yang baik, engkau akan menceritakannya. Tetapi apabila engkau melihat keburukan, engkau menutupinya”.

Bagaimana syukurnya telinga? “Jika engkau mendengar sesuatu yang baik, peliharalah. Manakala engkau mendengar sesuatu yang buruk, cegahlah”. Bagaimana syukurnya tangan? “Jangan mengambil sesuatu yang bukan milikmu, dan janganlah engkau menolak hak Allah yang ada pada kedua tanganmu”.
Bagaimana syukurnya perut? “Bawahnya berisi makanan, sedang atasnya penuh dengan ilmu”.

Syukurnya kemaluan? “Abu Hazm kemudian membacakan Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-7”. Bagaimana syukurnya kaki? “Jika engkau mengetahui seorang soleh yang mati dan engkau bercita-cita dan berharap seperti dia, dimana dia melangkahkan kakinya untuk taat dan beramal soleh semata, maka Contohlah dia. Dan apabila engkau melihat seorang mati yang engkau membencinya, maka bencilah amalnya. Maka engkau menjadi orang yang bersyukur.”

Abu Hazm menutup jawabannya, “Orang yang bersyukur dengan lisannya saja tanpa dibuktikan dengan amal perbuatan dan sikap, maka ia ibarat seorang punya pakaian, lalu ia pegang ujungnya saja, tidak ia pakai. Maka sia-sialah pakaian tersebut.”

Atas sebab itu, konsep syukur yang sebenarnya harus kita fahami dengan jelas. Imam Ghazali, seperti dalam karyanya Ihya’ Ulum al-Din, menyatakan ;

ELEMEN PERTAMA : Untuk seseorang itu benar-benar bersyukur yang perlu ada adalah ilmu. Terbahagi kepada tiga bahagian:-
1) Seseorang itu perlu ada ilmu tentang nikmat itu sendiri akan membolehkan seseorang untuk memahami nilai nikmat tersebut dan seterusnya menghargai nikmat itu.
2) Seseorang itu perlu ada ilmu tentang siapa yang memberi nikmat. Pastinya dari Yang Maha Pemberi Rezeki, Yang Maha Pemurah adalah Allah SWT.
3) Seseorang itu perlu ada ilmu tentang siapa yang mendapat nikmat tersebut. Memahami yang menerimanya adalah kita, hamba-Nya dan makhluk Allah, supaya merasa hina dan sangat rendah diri di hadapan Allah.

ELEMEN KEDUA : Untuk bersyukur pula adalah perasaan. Apabila menerima sesuatu nikmat itu, seseorang itu haruslah mempunyai perasaan gembira, bahagia. Bagaimana mungkin seseorang itu hendak bersyukur seandainya ia tidak mengalami apa-apa rasa apabila menerima sesuatu nikmat itu?

ELEMEN KETIGA : Untuk bersyukur pula adalah amal, yakni perbuatan. Setelah seseorang itu mempunyai ilmu dan kefahaman tentang perkara yang disebutkan tadi, seterusnya mengalami perasaan bahagia, gembira dan berterima kasih, syukur tersebut perlulah dimanifestasikan melalui bentuk amal ketaatan kepada Allah.

Maka, tidak hairanlah pada hari ini jika ramai di antara kita yang hanya sekadar melafazkan syukur di bibir, tetapi tidak bersyukur dengan sebenar-benarnya. Sudah habis mesyuarat 17 haribulan yang lalu pun, masih lagi ‘potpet-potpet’ dibelakang. Masih lagi rasa tidak puas hati… maksudnya, masih lagi tidak bersyukur ! Firman Allah SWT;

وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُوْ فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لاَ يَشْكُرُوْنَ

“Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikan-Nya) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri-Nya.” (QS An-Naml : 73)

DAPATKAN HIMPUNAN 100 HARI CCUK EDISI BUKU TERBITAN KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA DI SELURUH NEGARA TIDAK LAMA LAGI, TUNGGU…!

KESIMPULAN :
Setiap kali mendapat nikmat @ hilang nikmat, kegembiraan @ kesedihan, @ kebahagiaan @ kesedihan, kesihatan @ kesakitan dan kesenangan @ kesusahan yang kita peroleh sebenarnya haruslah tetap kita syukuri. Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita… Contoh, Allah bagi kita gembira sebab Allah tahu kita layak untuk kita gembira dan Allah bagi kita sedih sebab Allah tahu kita perlu sedih untuk kita mengingati dan mendekati-Nya. Wallahu a’lam - Orang Bangla kata “Syukriah…” Ukay’s.

1 note

:) #doadarikawan

:) #doadarikawan

Aduhaiiiiii…. :p

Aduhaiiiiii…. :p

Berlapang Dada

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin,22 Syawal 1435H. BERLAPANG DADA LAH KAMU…

Satu perkara yang kita mesti terima ialah walau bagaimana baik dan mesra pun kita, tetap akan ada orang yang tidak berpuas hati. Itulah realiti kehidupan yang perlu diakui. Kadang kala, kita buat baik berpuluh kali tetapi hanya satu kesilapan dan kesalahan kecil yang dilakukan lalu semua perbuatan baik itu seolah-olah terhapus dan yang salah itulah juga diulang sebut berkali-kali. Jadi, berlapang dada lah…

PENCERAHAN :
Berikut adalah beberapa petua untuk kita menanam dan memupuk sifat berlapang dada:

1) Tiada yang tidak disengajakan di sisi Allah. Tiada yang kebetulan. Semuanya berlaku dengan keizinan, perancangan dan pengetahuan Allah. Apabila berlaku sesuatu perkara maka yakinlah disebalik perkara itu terkandung seribu hikmah. Mungkin Allah sedang menguji tahap keimanan dan kewala’kan kita dalam jamaah atau Allah hendak meningkatkan darjat kita, menyucikan diri kita dari dosa-dosa atau menambah kebaikan atas diri kita. Untungnya…

2) Kekal fokus dalam dakwah. Usah sekali-kali fitnah, umpatan dan cercaan itu difikirkan hingga fokus kita pada matlamat, tugas dan tanggung jawab kita tersasar. Lakukan sahaja tugasan dan aktiviti seperti biasa dan biarlah suara-suara kerdil itu tenggelam ditelan masa. Ada orang yang kata keputusan itu tidak ikut perlembagaan. Perlembagaan bukannya Al-Quran yang tidak boleh diubah. Ibarat kata boss Ust Kay yang baru; “Peraturan ikut buku, bertindak ikut aku namun ada toleransi di situ!”

3) Selidik siapa yang berkata-kata itu. Ada kritikan yang membina dan ada pula dengan tujuan yang jahat atas sebab irihati, cemburu dan sakit hati. Kalau kritikan itu dilontarkan dari orang yang bersembunyi di sebalik identiti palsu, meski pun bernas, namun tujuannya boleh dipertikaikan. Oleh itu, lupakan sahaja.

Sebaliknya apabila kritikan itu datangnya dari seseorang yang arif dalam bidang tersebut, profesional, berilmu dan ada kredibiliti maka berlapang dadalah dan terima kritikan tersebut bagi memperbaiki dan meningkatkan diri. Sebab sebagai manusia biasa kita pasti punya kelemahan dan kekurangan serta sentiasa ada ruang bagi kita menjadi orang yang lebih baik.

4) Bersyukurlah bila semuanya sudah berakhir. Orang hanya sedar akan kekuatan kita apabila kita mula menonjol. Kalau kita sekadar jamaah biasa-biasa dan tidak punya apa-apa maka tiada sesiapa pun yang peduli dan ambil pusing. Ini bermakna kita berada di landasan yang betul menuju ke puncak jaya. Terus tabah, sabar dan istiqamah. Allahu Akbar !

5) Ikhlaskan hati menerima keputusan. Sebab dalam hati kita tahu bahawa orang yang tidak suka pada kita itu sebab mereka belum kenal siapa kita. Teruskanlah berdakwah… Lama kelamaan mereka juga akan malu pada diri sendiri. Malah mungkin satu hari nanti mereka tidak dapat elak dari meminta bantuan dan pertolongan kita. Ketika itu peluang terbuka luas bagi kita tunjukkan bahawa kita tidak seperti apa yang mereka sangkakan selama ini.

6) Maafkan semua orang dan doakan mereka. Ia sesuatu yang sukar dilakukan tetapi kesannya amat nyata pada jiwa. Walau orang lontarkan najis dan sampah, doakanlah mereka kebaikan. Kasihani mereka yang belum mendapat hidayah dari Allah untuk sedar. Kesian mereka… tetap berkarat !

Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah telah menyebutkan
beberapa perkara lagi agar dada kita menjadi lapang, antaranya ialah:-
1) Tauhid, kesempurnaan tauhid yang ada pada seseorang akan menentukan sejauhmana ia akan merasakan kelapangan dalam dadanya. Allah SWT berfirman:-

فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُون

"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (QS Al-An-Am : 125)

2) Cahaya iman, sungguh ia mampu membuat dada menjadi lapang, melegakan jiwa dan membahagiakan hati. Maka ukuran seseorang dari rasa kelapangan dada ini ialah dengan mendapat cahaya hidayah dari Allah SWT.

3) Ilmu itu melapangkan dada, dan melegakannya sehingga dia lebih luas dari dunia, semantara kebodohan akan mengakibatkan kesempitan, kesesakkan dan terpenjara. Pemilik ilmu ini adalah orang yang paling lapang dadanya. Oleh itu, atas apa sahaja isu kita kena mendapatkan pencerahannya terlebih dahulu… baru respon ! Jangan melatah dulu baru hendak dapat pencerahan. Terbalik tu…!

4) Kembali kepada Allah SWT dan mencintainya dengansepenuh hati, mendekat kepada Allah SWT, merasa nikmat dengan beribadah kepada -Nya, maka tidak ada yang lebih lapang bagi dada seorang hamba selain hal itu. Kerana sayangkan Allah bukan kerana sayangkan individu atau jamaah @ parti yang disertainya.

5) Meninggalkan perbicaraan yang berlebihan, atau perbahasan yang sia-sia. Kita pulak yang berlebih-lebih. Pemimpin telah bertaut kita terus bercakaran dengan hujah dan teori masing-masing. Sikap ini memancing rasa sakit hati, bimbang dan kebingungan yang tidak bertempat, mempersempit hati, membelenggu dan membuatnya terus tersesak.

KESIMPULAN :
CCUK hari ini panjang sikit….Berlapang dada lah untuk membacanya bukan berdada lapang. Berlapang dada menerima ketentuan Allah… Tetapi kalau berdada lapang sengaja mencabar Allah, sebab berfesyen belahan dada terlalu luas… Wallahu a’lam - Jangan bayangkan !! Ukay’s.

DAPATKAN HIMPUNAN 100 HARI CCUK EDISI BUKU TERBITAN KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA DI SELURUH NEGARA TIDAK LAMA LAGI, TUNGGU…!

1 note

Pengacara yg terlebih gembira di Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Pengacara yg terlebih gembira di Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Rindu zaman kehidupan tanpa ‘extra charges’ :)

Rindu zaman kehidupan tanpa ‘extra charges’ :)